The Cones IceCream

SIAPA KAMI

Pengasas The Cones IceCream HomemadeEn. Sharim Johan merupakan bekas pengurus dari salah sebuah syarikat perkaunan di Kuala Lumpur. Beliau telah menamatkan pengajian dalam jurusan dalam Business & Administration dari La Trobe University, Australia pada tahun 1997 dan memulakan kerjaya dalam institusi pengajian tinggi tempatan selama beberapa tahun.

Namun disebabkan oleh faktor kesihatan yang kurang mengizinkan, menyebabkan beliau beralih arah dengan memulakan perniagaan sendiri untuk waktu yang lebih fleksibel. Idea untuk terjun dalam bidang pembuatan aiskrim ini mula tercetus apabila melihatkan anak anak yang sering membeli aiskrim di luar.

Demi untuk mencari yang bersih dan lagi halal, maka bermula dari situlah perniagaan aiskrim ini dibangunkan. Kini misi HALAL bukan sahaja untuk keluarga tapi diperluaskan lagi sebagai pengeluar dan pembekal untuk membantu pelanggan Muslim yang lain mendapatkan aiskrim yang bukan sahaja sedap dan enak malah bersih dan menepati syarak

 

Puan Sujaihah isteri kepada En. Sharim  adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sc. Computer dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya di institusi perbankkan sebelum berhijrah ke bidang oil & gas dan akhirnya ke syarikat perkomputeran multinasional.

Selepas hamil dan melahirkan anak ke 3, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan menjadi surirumah sepenuh masa untuk memberi tumpuan kepada tumbesaran anak anak dan keluarga. Namun, kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau memulakan langkah menjalankan perniaagaan suplemen kesihatan dan kecantikan secara atas talian ( online biz)

Selain perniagaan suplemen, kini beliau juga turut berganding bahu bersama sama suami menjalankan bisnes pembuatan dan katering aiskrim homemade The Cones untuk majlis majlis sekitar Kuantan di Pahang, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur.